Kolam Sejahtera Dapat Pengerusi KRT Baru

Kolam Sejahtera tiba-tiba dapat Pengerusi KRT Baru. Tak tahu pulak selama ini ada KRT kat Kampung Kolam ni.

Ingatkan hanya ada di Kampung Gong Baru saja. Eloklah tu Kampung Kolam dapat Pengerusi Baru, maklum sajalah era baru,

Pengerusi Baru dan semestinya membawa bersama impian dan wawasan baru untuk menjadikan Kampung Kolam lebih sejahtera daripada semalam.

Tahniah Mohammad Hamdi anak arwah Tuan Guru Haji Abas (Al-Fathihah untuk Allahyarham) kerana telah diberikan kepercayaan untuk menerajui kawasan rukun tetangga Kolam.

Jadikanlah peluang yang diberikan ini untuk berbakti kepada kampung sendiri dan melihatterus melangkah kehadapan kerana di kampung kolam ini banyak potensi yang terbiardan boleh dikembangkan.

No comments:

Post a Comment

Pages